Monday, February 11, 2013

It's been a while

Assalamualaikum.

Well, cuti dah masuk hari ke-27. Dah nak dekat sebulan rupanya aku cuti. Dalam nak sebulan ni baru semalam ngan harini rase mcm, ya Allah boringnya! Literally, boring.

Dan saya tak tahu mcm mana saya boleh ter'stuck' di sini.

Dah alang-alang stuck kat sini, meh nak story sikit pasal mcm mana aku boleh planning cuti dengan berbisnes 'blended ice'. Ehhmmm, *buat buat batuk* mula-mula saje bg idea kat ayah nak bukak that Cool Blog yg tengah famous amous skrg ni. Bukan skrg, dulu lah mase tgh hangat org ber'story' mory pasal tu. Well tak sangka dpt positive response from ayah. I was like, whaaaaaaaaattt. Yeah.

Mase tgh-tgh bersemangat sbb suka terus la start survey pasal that bisnes. Agak terkejut jugak lah sbb nak bukak stall Cool Blog tu for early preparation pun need around 120k at that time. What?! Yes, RM120k. Lepas tu bagi taw la dkt ayah, and ayah pun terkejut. Maybe sbb ayah bajet around RM20-30k je. Repeat, JE. So melepas lah peluang. Terus tak bersemangat.

Sekejap je tak bersemangat tu.

Then, suddenly masa tgh nak tidur kot, rase mcm nak jugak try buat bisnes. Dipendekkan story, berjaya cari alternatif dgn terjumpenye banyak web-web pasal bisnes ice blended yg 'ready biz' ni. Yeah, not bad jugak la tgk sume jenama ni. Lama jugak aktiviti survey ni dilakukan. Uhukkk. Sampai terbawak-bawak ke tido lah.

Planning punya planning, survey punya survey, at last aku mcm determine gila nak bukak bisnes ni. Lepas cerita kat ayah, ayah terus OK without saying anything. Ayah just suruh survey elok-elok, then bg taw ayah.

And, here I am. Jadilah saya seorang peniaga ice blended. *LOL*


 Alhamdulillah, cepat betul masa berlalu. Kadang rasa mcm tak percaya yg this is happening. Banyak tak banyak jugak lah experience yg aku dpt. Mcm mana nak manage duit, mcm mana nak attract budak2 beli, and blablabla. Paling best, ade mase tu idea mencurah-curah dtg nak bg everything run smoothly dgn pertolongan budak gedik sorang lg tu , wahh. Mmg best. And thanks to you cik Nursuaidah for keep on supporting me. 

Tak sangka jugak yg aku ni seorang yg berani mencuba ^^ bukan senang taw nak nampak I yg mcmni. Cewahhh. 

Ok tu je kot. Nnt kalau rajin update lagi. Btw, rindu usrah. Salam.


No comments:

Post a Comment