Saturday, July 13, 2013

Ramadhan datang lagi

Assalamualaikum w.b.t

First of all, selamat menyambut bulan Ramdhan semua :)

CREDIT to myself.

Sorry lah dah hari ke-empat puasa baru nak wish happy Ramadhan. Tah pape kan? Wah wah wah, dah lame sangat ni tak hapdate blog. Nak kate busy, tak busy mane pun sbenanye. Jap. Mmg everytime update blog nak kene buat pendahuluan mcm ni eh? 

Sigh.

Haaaa. Bosannya. Padahal ade assignment nak kena submit Isnin depan ni. Bukan apa, cukup tak suka esaimen esaimen yg berkaitan essay ni. Sumber dah ade, nak ubah ubah ayat tu yang malas. kan bagus kalau boleh main copy paste ikut suke hati ==

Lempang diri sendiri. Pemalas.

Bosan. Twitter dah berjaya di-deactivate. Takde punca utk hilangkan bosan dan stalk stalk orang. Eh. Sorry, saya tak main stalk orang, cuma stalk timeline. Jd hidden reader lah kononnya ni. Soalan : Kenapa deactivate twitter abam raimy? Kyaaaa. Banyak sebab! Takdelah banyak pun. Kalau baca latest entry inche Aiman Mazlan [link], mesti tau kenapa. Ada lg sbb, tp ehemm. Biarlah diri sendiri shj yg tau.

Hmmmmmm.

Dah tade idea utk menaip. InsyaAllah lepas ni blog boleh ganti Twitter pulak. Bosan bosan update blog mcm dedulu kan. 

Bye!

Tuesday, May 28, 2013

Thursday, March 28, 2013

Oh Manisnya!

Assalamualaikum eberibodi !

Ape celita? Huahua saya kembali setelah sekian lama menyepi diri. Ewahhhhhhh.

Takdelah menyepi diri pung. Tataw nak update ape and takde cerita2 menarik utk di share. Ni pun saje drop by sbb dah tataw nak buat ape cuti cuti sekolah ni. Budak2 cuti sekolah aku pun cuti. Eh.

Oh Manisnya? Eh apa yg manis sgt tu? 

Wiwiwi *konon sinis* Oh manisnya perasaan beli barang yg diidam-idamkan dengan hasil titik peluh keringat sendiri ! Over nampak? Takdelah. Tapi betul. Manisnya indahnya puasnya perasaan tu diri sendiri je yg tahu. Agaknya ni lah perasaan para pakcik makcik abg kakak yg dah bekerja agaknya? Ye lah mane taknye bile dah ade duit boleh beli mcm2,  tp tak termasuk benda yg berhutang eh!

Ini serious!


Inilah dia :3 Hmm lepas ni dah boleh listkan benda yg aku beli pakai duit sendiri. Bangga kot? Cehh. Tp serious la, lain rase dye bile nak kena tunggu dapat duit sendiri, usaha sendiri, then baru beli ape yg kite nak rather than mintak mintak dari pihak atasan. Malu pun malu jugak kadang-kadang tu. Ye lah, umur dah 20-an, patutnye dah boleh cari duit sendiri kalau nak beli kemahuan diri tu kan, at least.



So far, jam ni benda paling mahal aku penah beli. Alhamdulillah.


Teruskan berusaha. Teruskan berfikir. Teruskan semangat ni inche vero. Bai.

Monday, March 4, 2013

Putrajaya and the lenses.




Berlagak sedih konon sume gambar tak jadi semalam. Sekali try edit pakai app Snapseed kt phone, terus happy balik sekejap. Btw maksud edit kat situ bukan letak effect. Tak berminat sgt letak2 effect ni. Just edit basic settings like brightness contrast vibrance etc.


Pantang ade duit, ade je kamu ni. -Ayah

Well, kalau nak mintak kat ayah bukan main susah. Padahal ayah pun dulu main camera jugak v_v. Abaikan. Haa mampu beli wide converter utk lens 18-55mm ni je setakat ni. Tak habis try lagi, maybe soon. Tataw nak jalan mana kahkah.




Saturday, March 2, 2013

Back to hobby

Assalamualaikum.

WAH! Tak sangka. Masih berbakat lagi ghupenye aku ni. Ahah! Perasan lebih.




Sesi menyelenggara camera. Lap lap lens sket, bersihkan habuk. Camtulah jadinya bile jatuh kat tangan adik adik yg tak berapa reti nak menghargai barang ni. Aik? Kesian mereka dipersalahkan.

Hmm ade niat nak nak nak buat time lapse photography pulak lepas ni. Tapi? Yaa ada tapi. Bukan seberangan tempat boleh amek. Nak best kena pegi pantai, amek gamba sunset. Bilanya nak pegi pantai? Sigh v_v One more tapi is kena beli shutter remote control ngan ND lens filter! Then nak best lagi kena beli wide lens. Jap, lens? Amboi banyak duit hang?! Haha takdelah. Dah survey2 igt nak try yg wide/macro converter tu je. Tgk bajet lah ye?

Stop stop. Solat perlu diutamakan. Bai !

Wednesday, February 27, 2013

Cabar diri? Err maybe.

Assalamualaikum!

Wah wah, pejam celik pejam celik dah nak habis bulan Feb! And that means dah nak dekat sebulan setengah aku cuti. WOW seriously?! Entah knp rase mcm sekejap gila..... Eh.

And tu juga bermaksud dah genap sebulan bukak kedai es blended (baca ice blended). Fuh fuh, sebulan dah? Yes. Hmm actually still pk lagi nak hupdate, nak cakap ape ni. Pk pk.... Zzzz.

Teaser.

Here we go! Nak dga satu cite? Haritu ade lah sorang makcik ni, dtg kt kedai nak beli. Berlakulah satu perbualan antara aku dan si makcik yg gayanya mcm mak datin :

Makcik : "Dik, perisa ape yg sedap kat sini?
Me : Errr...... Tataw la makcik, sume sedap kot?
Makcik : "EH? Takkan la tataw?"
Me : Haa byase yg femes ramai bebudak beli blablabla and kalau makcik2 byase beli blablabla ni je. *muke ncover dgn tersengih kambing*
Makcik : "You must know how to answer all the questions!" *silently speaking*
Me : ....................

Ya Allah, mase tu terasa gila! HAHA. I was like, okay mesti boleh jawab every soalan yg org tanya. And aku asek ulang ckp benda yg sama. Malu gila boleh? Since then, dengan sedaya upaya aku try jawab sume soalan yg diaju. Cehh, nah hamekk setepek kat muka!

Anyway, alhamdulillah I do survive in my own randomly generated idea! Wtf? Ayat mcm salah je. Ahahhh maksudnya kat situ aku berjaya survive (dalam bm : mengharungi) dalam melaksanakan (asal baku sgt ni? -,-) cabaran ke atas diri sendiri dgn jayanya! And insyaAllah, kena teruskan komitmen ni. Bukan bagai melepaskan batuk di tangga je. Er apakah? *rindu nak buat karangan mcm zaman sekolah* 

Ok tanak ckp pasal sekolah, nnt masuk topik lain.
Inilah ghupe (rupa) gerai yg tak seberapa saya ! Budak baru nak belajar lah katekan :)



Kadang malas, kadang rase mcm nak give up, kadang rase menyesal asal aku buat keje ni?! yeah. KADANG-KADANG je. Tp nak taknak, kene jugak memotivatekan diri sendiri utk jadi rajin. Kalau tak, wallahhh mahu kena maki dgn ayah? Taknak taknak. Hehe insyaAllah, tak cepat mengalah. Even profit mmg tak menentu. Well, tu la namenye bisnes kan? Uhukkk.

Le helper! TQQQQQ

Ha da lah, sebelum tah ape lg aku merepek nnt. Btw sorry sbb ayat tah hape-hape. Tataw cane lg nak bg ayat sesedap sket utk dibace. 

Rojak sekali sekala apa salahnya. Ops.

Friday, February 22, 2013

Me, Myself and the Skyscraper

Assalamualaikum.

Ketidakstabilan mood. 
Now. 
Bukan tadi :)

Actually td tak plan pun. Pas mandi ttbe rase mcm, eh nak pegi KLCC la snap gambar kat sana. Nak chillax sket lps penat berkerja *cehh* Then tak pk ape terus pinjam ayah punya SmartTag then capai my car key gi isi minyak, beli burger daging double cheese ngan air soda, terus gerak KL.

WHAT?!

Yeah seriously. Dah lama tak keluar malam sesorang :)

Sempat lah snap beberapa gambar, erk, banyak actually. Hehe. Malas lah nak ckp banyaak, nak uplaod gambar je ni. Hiks











The burger ->



Till then, goodnight.
Salam.

Wednesday, February 20, 2013

Review : Fisheye & 2 in 1 Wide+Macro Lens.

Assalamualaikum dan selamat awal pagi.

Kekalutan di mana-mana. Eh? Apahal?

Takde, tibe-tibe je malam ni rase mcm "fresh" sesangat. What time now? 3.48 a.m. And I'm not sleepy at all. So tercetus lah idea nak hupdate (baca -> haaaaapdate) satu entry pasal new lens aku baru beli online last week. Erk, last week? Yaaa ada masalah sket dgn poslaju sbb CNY kot. Agak stress jugak lah menunggu. Ye la sape suke tunggu? Tade sape.

Eh, seriousnya dia!

Tak tak, tak serious okay? So, utk sesape yg dah kenal and berkawan dgn seorang insan yg bernama Raimy Shafiq ni, for sure taw yg dia ni one of photography like fan. Ha? Ala, kejap gila kejap tak dgn photography. Well, that's me. Yeah, its me! Muhaha. Haa, setelah sekian lama tak main dgn camera, I decide nak beli lens for mobile phone ni as basic before beli for my dslr. Of cos, it is wayyyy cheaper than those dslr accessories.

Actually dah plan since last year lagi, mase kemarok cuci mata cari barang online mase tu. Mcm berkenan dah kat lens ni. Tp aku ni kan jenis pentingkan kualiti, so KALAU boleh nak benda yg original je -.-" then tak lama lepas tu dah mcm malas nak hiraukan kehendak nafsu ni kan. Then ttbe haritu ade org tu tunjuk satu page ni. And they are selling these lenses. Katenye plan nak bg hadiah as my birthday present, tp end up mase munkin aku dah tak rase nak bende ni lagi en, so dia pun tak beli. What a big SIGH. I was like, whaaaaaaat?! Haha ok abaikan yang tu.

So last week IDK why mcm tak fikir panjang pun main beli je. Yeah, I buy it online. Pendekkan cerita, tadi baru pegi amek kat post office. Excited beb! Ni pun tak habis main lagi, sbb td bnyk keje en tak sempat nak memain ngan lens ni. Papehal pun still nak buat review sket. Sikit je :)

So, this is the lenses! Fisheye, and 2in1 wide+macro lens.

Memula td test ngan my BB Bold 9700. Mmg fit perfectly kat camera phone ni. For the Fisheye lens,  tak nampak sgt border hitam tu. Tp kalau attach kat my S3, dia tak berapa nak fit sgt sbb camera S3 petak. Yeah, the ring utk lekatkan lens tu kan bulat, so mcm tak berapa nak fit kt S3, but still, takde masalah pun :) Okeh, mari tgk sample utk 1st lens, which is Fisheye lens :




Tak nampak sgt kan border hitam tu? If want to compare with this :

Taken by using my SGS3.

See the different? Tp kalau tak silap mmg fisheye effect ada border hitam then the round image tu kan? So tak kisah sgt lah. Ok, let's move to our 2nd lens, which is Wide lens. This is the sample yg sempat disnap kt depan post office td *akibat tak sabar-sabar nak test* :

Taking by using BB Bold 9700.

Tak banyak sgt beza, but still ade jugak kan? Next, for the Macro lens. Ni sample :




So how? Not bad lah utk yg ciplak punya lens kan? Ye la, saye mmg tak mampu nak beli Photojojo ataupun Olloclip yg beratus tu. Dapat ni pun dah cukup buat aku excited gila babss kot? Hikss. 

Ohh btw for the macro lens tu, mmg kena snap dr jarak yg agak dekat. Kalau tak camera tak dpt nak focus. Tp mcm, asal kena dekat gila?! Yeah reaksi mase tak puas hati sbb kene amek dr jarak yg sgt dekat. Heh.

By the way, dalam masa dan ketika tgh tgh amek gambar tu, jgn lupa utk bersyukur ya? Ye lah, dengan ciptaan-ciptaan Ilahi yg sgt sempurna dan indah belaka tu. Hehe. Snap snap jugak, jgn lupa yg at the same time pun boleh buat pahala! Err, bukan snap gambar je, actually in everything yg kte buat. Tak kisah la, menjahit ke buat kek ke main bole ke futsal ke mandi ke buat kerja ke, Always remind yourself utk bersyukur dgn everythings yg ade, yg nampak around us. Ok? Pahe dokkkk? :D

Kau ni dah pehal nak rojak ni? Zzz.

Ok lah, mata dah mcm nak melabuhkan tirai. Sorry for the long post, but I hope you enjoy reading this. Kalau ade pape nak tanya, jgn memalu segan-segan tanya tuan empunya diri ni yahh. Cehh, ckp mcm beribu, malah berjuat org baca je. Once again, why everytime update entry baru nak kena ckp mcmni?! Nampak sgt mengharap readers yg ramai. Haha. Taklahhhhhh.

K k saya berhenti di sini. Moga bermanfaat yaa! ^^

Saturday, February 16, 2013

Pullman Lakeside, Putrajaya

Assalamualaikum.

Satu persinggahan yg tak dirancang. Dari Bangi ke Kajang ke Ampang dan akhirnya ke  Putrajaya.



Rindu zaman gila photography
Rindu zaman gila edit gambar guna photoshop
Rindu zaman main bokeh
Rindu zaman lepak tunggu sunset
Rindu zaman-zaman kat atas (v_v)

Hi, amek kesempatan utk update entry ni kejap even dah penat plus mengantok gila. 

Apekan daya, zaman skrg ni canggih sgt. Nak edit pakai photoshop, dah ada banyak sgt app app yg convinent lagi and simple utk proses gambar2 yg ada. Kalau dulu nak buat panorama view kena amek satu satu gambar then kena edit manually guna photoshop. Susah gila boleh nak attach satu satu? Skrg, nak buat panorama pakai phone je. Senang dan mudah. But at the same time makin tak belajar la mcm mana nak buat sendiri.

Dulu, rajin sgt cari tutorial2 nak edit gambar. HDR, macro ape lagi, sume tu petik jari je kalau nak buat. Skrg? Haha seriously dah lupa. Sigh. Jap, double sigh. Korang? Er, sape sape lah. Tak kenal ramai sgt pun yg ade hobi suka photography ni. Sadis ohhhhh sadis.

Now tgh tunggu lens utk phone sampai. Patutnye sehari tp ade problem kot dgn Poslaju, so maybe delay. Kena tunggu next week, and yeah I can' wait. Then? Target nak beli converter utk lens DSLR pulak. Lepas tu dah boleh joli dgn both S3 and my 500D. Tak sabar!

Wait, one sad story. Hmm, igtkan phone ni dah elok kot. Tinggal repair part sim card je. Skali td, pegi anta  kat Samsung service centre *once again*, dye ckp mmg kena tuka main board jugak. And it cost around RM750 for that. SOBS, nangis golek golek.

So, nak repair or nak beli phone baru? Lol, mcm banyak sgt duit nak tukar baru. 

K bai. Nak tido.

Thursday, February 14, 2013

Ibu, Umi, Mama, Mak, etc.

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Wah wah, pagi pagi dah update belog? Zaman update blog pepagi ni zaman sekolah dulu je. *perli*

So what's up? Actually nak post entry ni malam semalam before masuk tido. Tp since dah selamat landing atas katil so dah malas nak bukak lappy balik. Silly me. Sume bende nak malas, takde yg mengeluh rajin. Well, tu la manusia. Er ke aku sorang je? Heh.

Dinner @ The Manhattan Fish Market
 
Mase nak tido smlm, ttbe rase mcm nak buat entry pasal ni. Firstly, meh baca satu hadis dgn ayat dari Quran pasal ibu yg buat aku rase takut sgt nak sakitkan hati seorang insan yg bergelar IBU ni. Meh meh :

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: 

Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14)

Kalau baca ni je pun for sure dah yakin betapa tingginye martabat seorang ibu ni. But still, ade lg org yg boleh tak hormat their parents, marah-marah, maki hamun, biarkan diorang mcmtu je, like seriously? Nampak sgt diorang tak faham. Tak faham or tak pernah belajar or takde basic agama yg mantap. Bukan nak ckp aku ni hebat sgt ke apa, aku pun still banyak sgt kelemahan sana sini. Tapi insyaAllah, benda yg mcmni la yg aku yakin aku dah simpan, serap since kt sekolah lagi.

Kesian kadang-kadang, tgk anak2 yg tak hormat ibu ayah diorang. Bile nampak je that situation, mesti I was like, ya Allah tolonglah bg dia hidayah sket ya Allah. Korang *kot ade org baca* pun taw kan yg kte anak-anak ni tak boleh ckp "AH!" pun kt ibu mak mama umi kt kan. Er, kalau tak tau or tak pernah taw tu, meh tgk ni :

Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika salah seorang di antara kedua-duanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada kedua-duanya perkataan ‘Ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkan kepada keduanya perkataan yang baik”. (al-Isra’, 23)

See? Jangan memain dengan perintah-perintah Allah ni.

Pernah dengar anak mak? Well, aku pernah skali di'label' mcmtu dulu. And utk org yg me'label' aku dulu tu, kau igt aku kisah? **tak igt dah sape org tu, Haha** Sbb aku takut sgt nak sakitkan hati ibu then kau label aku mcmtu. WTF man! Semua org patut takut, bukan aku sorang je. 

Wahh ttbe rase bengang. Eh jgn baca serious, chill sudahh!

Dah, tu je kot nak share dari malam semalam. Lepas ni taknak update entry baru kosong je without org yg baca, KALAU ada org yg baca gain something. InsyaAllah, lepas ni nak share serba sedikit ilmu yg aku taw utk dishare dgn korang. Peace? ^^

Suddenly teringat Syahadatul Haq. Berat, sgt berat.

Salam.

Monday, February 11, 2013

It's been a while

Assalamualaikum.

Well, cuti dah masuk hari ke-27. Dah nak dekat sebulan rupanya aku cuti. Dalam nak sebulan ni baru semalam ngan harini rase mcm, ya Allah boringnya! Literally, boring.

Dan saya tak tahu mcm mana saya boleh ter'stuck' di sini.

Dah alang-alang stuck kat sini, meh nak story sikit pasal mcm mana aku boleh planning cuti dengan berbisnes 'blended ice'. Ehhmmm, *buat buat batuk* mula-mula saje bg idea kat ayah nak bukak that Cool Blog yg tengah famous amous skrg ni. Bukan skrg, dulu lah mase tgh hangat org ber'story' mory pasal tu. Well tak sangka dpt positive response from ayah. I was like, whaaaaaaaaattt. Yeah.

Mase tgh-tgh bersemangat sbb suka terus la start survey pasal that bisnes. Agak terkejut jugak lah sbb nak bukak stall Cool Blog tu for early preparation pun need around 120k at that time. What?! Yes, RM120k. Lepas tu bagi taw la dkt ayah, and ayah pun terkejut. Maybe sbb ayah bajet around RM20-30k je. Repeat, JE. So melepas lah peluang. Terus tak bersemangat.

Sekejap je tak bersemangat tu.

Then, suddenly masa tgh nak tidur kot, rase mcm nak jugak try buat bisnes. Dipendekkan story, berjaya cari alternatif dgn terjumpenye banyak web-web pasal bisnes ice blended yg 'ready biz' ni. Yeah, not bad jugak la tgk sume jenama ni. Lama jugak aktiviti survey ni dilakukan. Uhukkk. Sampai terbawak-bawak ke tido lah.

Planning punya planning, survey punya survey, at last aku mcm determine gila nak bukak bisnes ni. Lepas cerita kat ayah, ayah terus OK without saying anything. Ayah just suruh survey elok-elok, then bg taw ayah.

And, here I am. Jadilah saya seorang peniaga ice blended. *LOL*


 Alhamdulillah, cepat betul masa berlalu. Kadang rasa mcm tak percaya yg this is happening. Banyak tak banyak jugak lah experience yg aku dpt. Mcm mana nak manage duit, mcm mana nak attract budak2 beli, and blablabla. Paling best, ade mase tu idea mencurah-curah dtg nak bg everything run smoothly dgn pertolongan budak gedik sorang lg tu , wahh. Mmg best. And thanks to you cik Nursuaidah for keep on supporting me. 

Tak sangka jugak yg aku ni seorang yg berani mencuba ^^ bukan senang taw nak nampak I yg mcmni. Cewahhh. 

Ok tu je kot. Nnt kalau rajin update lagi. Btw, rindu usrah. Salam.