Tuesday, April 28, 2020

Mana Semua Orang?

Mana semua orang?

I miss everyone. 

Lama sangat tak berinteraksi dengan manusia, tambah dengan situasi 'bujang' aku sekarang ni buat aku rasa mcm aku rindu semua orang. Masuk minggu ni je, dah dekat 6 minggu kalau tak silap aku PKP ni berjalan. First 2 weeks aku membujang sekejap kat rumah parents aku, another 2 weeks with my little family kat Jenjarom. And now back tu 'membujang' kt rumah parents balik (nak masuk 8 hari). Balik sebab ada kerja sikit nak buat. Plus aku tak boleh duduk sana lama sgt rasa mcm sesak nafas tak boleh nak buat apa.



Remy dan perkataan rindu berpisah tiada. Dari dulu, sampai lah sekarang. Tapi serious tak tipu weyy, aku rindu nak beraktiviti kat luar. Nak ke sana ke sini. Nak berinteraksi dengan kekawan walaupun kekawan pun makin sendu sekarang. Hmmm. Hopefully rakan-rakan semua dalam keadaan yang baik. I miss you guys, walaupun nampak macam tak ingat, tp percayalah yang I am missing you guys a lotz. 

Start bulan puasa ni aku dah mula limitkan interaksi aku dengan media social. Wait, tak jugak actually. Masuk hujung bulan ni, aku rasa dah nak 5 bulan aku deactivate akaun Instagram aku. Alhamdulillah I'm proud of myself. Why? Nothing. Aku just rasa aku dapat jaga masa aku dari terbuang tgk hidup orang lain and at the same time prevent mata aku dari tgk perempuan2 yg makin meliar kt IG tu. HAHA betul doh. Lain macam aku rasa bila bukak IG. Walaupun aku mmg tak layan IG stories, tp nak taknak algorithm IG mmg dikhaskan untuk buat kau as lelaki susah nak jaga mata kt situ. So daripada aku terus hanyut and lagha melayan nafsu kecil, baik aku tutup. Walaupun terpaksa sacrifice lah daripada upload gambar2, tp takpe, blog kan ada? Sape je pun nak layan post and nak like gambar kt IG skrg :)

Twitter masih aktif, cuma start Ramadhan itu hari aku dah cuba untuk menahan tangan aku dari menaip yg bukan-bukan. Soooo maybe sebab tu la mcm pishang sikit taktau nak buat apa. Hahahahhah adoiii. Nk PM memember, semua pun aku rasa mcm dah awkward je nak tegur. Entah. Aku just rasa mcm tu. Rasa mcm dah takde member rapat pun skrg. Everybody just gone. Maybe gone buat hal masing-masing. Takde nak sibuk pasal orang lain since dah grow up, maybe? That's unfortunate for myself. Since aku jenis try to care kt semua orang but at the same time aku takut aku menyemak dalam hidup semua orang.



Phew. Jgn risau lah encik, saje nak luah kt sini. Aku mcm ni bila terasa sorang sorang je. Nasib baik I got my little family. Alhamdulillah. Perangai aku yg mcm skrg ni kurang sikit lah nak keluar bila banyak spend time layan anak bini. And I miss my kidssss! Tak sabar nak balik jumpa kakak n adikkk.

Btw aku emo rindu tak tentu pasal pun sbb aku tgh nak sort balik albums2 previous year nak backup masuk external hard disk. Tu yg sempat nak throwback sikit2 lepastu sendu sbb rindu semua orang. Mcm bodoh kan perangai?

Heh.

Saturday, April 25, 2020

Bismillah...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

*Tarik nafas dalam dalam*

Fuh. Aku taktau nak start macam mana ni. Lama tak menulis. Lama tak bukak blog ni. Apa mimpi tah nak kembali menulis 😅
Apa apa pun, Ramadhan Kareem. Selamat menyambut bulan Ramadhan, selamat berpuasa, selamat melakukan amal ibadah dalam bulan pesta ibadah. Harini hari ke-2 Ramadhan. All of sudden aku terdetik nak start balik menulis kt blog ni. Menulis ke? Eheh. Niat nak kembali bermonolog kt blog ni dah banyak kali terbantut actually.

Since bulan puasa ni aku berniat untuk try to avoid tidur after subuh, so here I am. Padahal taktau nak buat apa, hahah!

2020. Hmm so far nothing good happen to me yet. Dari satu ke satu ujian Tuhan bagi. Bukan lah nak merungut dengan aturan Tuhan, cuma ingin meluahkan. But then, disebalik ujian mesti ada hikmah-hikmah yg tersembunyi kan? Pandai tak pandai je nak discover hikmah tu 😊

Okay. Itu je kot buat masa ni. InshaAllah, aku akan update blog ni dari semasa ke semasa. Since aku nak try kurangkan 'exposure' kt MedSoc on this holy month of Ramadhan. Nak try fokus kt ibadah sehabis baik. 

Tak sabarnya nak bercerita mcm dulu-dulu! See you next time okay. Assalam.